Thursday 23 May 2013

Last Minute Changes of Matriculation College

         Assalammualaikum.. i just want to share my challenges to my  new matriculation college when i've got the offer on the 25th April 2013.. maybe.. but i didn't remember the exact date.. First of all, when i got that offer i became depressed because i got the offer to Negeri Sembilan matriculation college that was too far from my home.. But, when i knew that my lots of my friends also got offer same as me, i became more excited to go there. But, my mother had made persuasion to change it to Perak matriculation college.. I just said okay :).. But, when we had made the persuasion the matriculation said that they ain't have a meeting yet.. So, they said to make a registration first at Negeri Sembilan matriculation college.. Because of that, my mother and i had made a decision just went to Negeri Sembilan matriculation college.. When i saw someone tweet that their persuasion had been approved i straight told to my mom. Then, my mom tried to call matriculation on 22nd May 2013 and they said my persuasion had been approved.. My parents felt relieved that i got the nearest place to continue my study. I felt glad too but in mean the meantime i felt disappointed because i could'nt meet my friends who were went to Negeri Sembilan matriculation college and i didn't know any of my friends that got Perak matriculation college same as me :-/. But, i told to myself to have positive thinking. Maybe there're no friends i knew there but i could've new friends there :-D. Hopefully, i can get use to the new environment and become friendly there ^_^.

Friday 3 May 2013


                                             Percutian Yang Panjang Bersama Cousin <3







 

 

           Pada hari pertamaku pada pukul 4 pagi sampai ke Kota Bharu. Kelantan untuk percutianku bersama saudaraku dengan menaiki bas dari Ipoh telah ditimpa nasib malang ke atas saudaraku iaitu beg pakaiannya telah hilang ketika mahu diambil dlm perut bas.. Apelah nasib.. sapala yg sanggup mengambil begnya. Sehelai sepinggang jela saudaraku dtg.Tambahan pula pagi itu masih lagi hujan lebat. Tandas pon xde. Nasib baik la cari punya cari ade gak tnds bkak pagi2.. itupon tndas yg boleh plak ade rumpai2 n tumbuhan tumbuh dkt situ. Sambil menunggu mak saudaraku tiba di kota bharu gak yg bertolak dari KL, satu kedai pon x bkak. dengan dahaga n perut lapar ni. Sampailah pkul 6 pagi selesai solat subuh n mak sedaraku tiba,satu restoran pon x bkak.. Yang bkak pon kdai smbelih khinzir je.. haih. Terok btol tngk.. Bila tunggu sampai pkul tujuh baru la ade kedai nk bkak.. Itupon Mac Donald. Nak buat macam mana kan breakfast jela dkt Mc Donald.
Bila la nak maju kelantan ni. harap2 ade la pemimpin yang berhak memerintah majukan nanti. Selebih kisah percutian malas nak cerita. Panjang sangat. Lepas 4 hari berada di kelantan blk la diriku ke KL bersama dengan saudaraku.. Last minute rancang. Kalau tidak diriku dh pulang Ipoh. Duduk la diriku ini di rumah saudra selama seminggu lebih. Lepas tu, bru cadang nak balik Ipoh, tapi sedaraku pon ajak balik kampung dekat Pulau Pinang nk melawat mak sedara dkt sana yg bru pulang dripada umrah pula dengan menaiki bas. Ada pulak insiden awek tu tersalah waktu tiket bas.. tanya2 kat driver tu awek tu trsalah waktu bas. bas dia dh lepas. Kesian dekat dia. Kalau tahu ade seat kosong satu awal2 sudahku diamkan diri saja. Habis rasa sebersalah. Lepas sampai je Pinang mak sedaraku dripada Pinang pon jemput dari stesen bas pukul 5 pagi. Bila sudah dekat dngn rmh kmpungku mak sedara pon cari kedai makan bli nasi lemak bungkus. Dekat Pinang ni pon lagi maju taw.. Pukul 5 pagi diorang dh jual nasi lemak n dkt stesen bas pon ade tandas. Sudah tiba rumah kampungku tu trus makan then solat subuh. Lepas tu tidur. Maklumla dekat bas je tak dapat melelapkan mata. Memang diri ini x boleh nak tidur dekat dalam bas pon. Pada petang tu diriku pon disuruh mak saudara sapu daun2 kering bersama sedaraku. Malam tu pulak diriku bersama saudaraku pergi la tngk IRONMAN 3. Balik rumah pukul 2 pagi. Then pagi tu plak kitorang hbiskn masa bermain boling sebanyak 6 game dan berakhir dengan 3-3. Sronok sangat. Sekian, hujan dah ni. ;)

Tuesday 9 April 2013

Hanya Mampu Merancang ~~

         Hmmm.. memang sedih apabila rancangan hendak ke Kelantan dibatalkan. Nak buat macam mana kan.. kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan samada perancangan kita menjadi atau tidak.. Tiba-tiba mak sedara kat KL tak jadi nak balik kampung  di Pulau Pinang kerana Mak sedare dekat Pulau Pinang tak jadi nak pergi umrah naik di airport Pulau Pinang kerana takut tak ramai je sebab pilihanraya punya pasal kan.. So, tak boleh nak buat ape2 la kan.. Mak sedara KL pon terpaksa batalkan pergi Kelantan sebab nak hantar mak sedara Pinang pergi airport KL. Kalau pergi dari Pulau Pinang mesti la lagi dekat kan. Tidak mengapa la kalo bukan takdirku nak berjalan2 di Kelantan tu.. Sekurang2nya pernah lalu Kelantan pon boleh sebab pergi Terengganu.. ^_^

Sunday 7 April 2013

Kepenatan Dan Pelbagai Dugaan ^_^











       Fuhhh... ini la saatku menikmati masa lapangku.. Pertama kaliku menjejak Kuala Kangsar hanya bersama kawan2ku dengan menaiki kereta.. Serius layan datang karnival pengajian tinggi dkt dewan jubli. Banyak maklumat dah dapat. Memang takda keje parking kereta depan koleq.. haha..Banyak jugak student perempuan yg masih sekolah datang dan banyak yang cute.. yang sudah habis sekolah pon ade.. Mencuci mata plak.. haha. Apabila diriku dan rakanku mahu pulang, Punye la tiada keje diriku dan kawan Starianku ini tangkap gambar depan koleq.. pakcik yang mintak tolong tangkapkan gambar pon cakap "haih, bukan maen lagi ye star ni tngkap dpn koleq.." serius tidak tahan gelak.. XD Budak junior drama sekolah lain yang tolong tangkap jgak cakap  benda sama.. Bila mahu pulang, tiba-tiba enjin kereta kawanku Geek(amirol) tidak boleh start.. semua siap gelak dan bergurau lagi. Lupa tutup lampu kereta kira2 4 jam lebih tu.. Habis bateri. Nasib baik kawan sorang ni duduk kuala tahu kedai service kereta. Nasib baik la bila cas sikit je sudah boleh start tapi tak boleh matikan enjin sampai ke ipoh. Nasib baik la xyah tkar bateri. Kalo tak beratus la kene bayar.. balik jgak ku dlm kol 6.45 petang. 7.30 petang baru sampai. Lepas Maghrib je diriku terus keluar pergi johnny kat jusco kinta dengan kawan sekolah rendah dan GRianku. Pergh!! memang penat dah masa tu.. Tapi dapat makan je bertenaga sikit.. haha.. Dapat jugak diriku mengenali kawan baru dari Negeri Sembilan sorang.. haha.. memang enjoy je malam tu.. Diriku bawa la kwn yang duduk jauh2 ni merantau Ipoh naik kereta Vivaku malam2 walaupon agak penat. Bagila merasa ICT Ipoh ni.. Memang terbaik.. Balik2 je lps Isyak teros tumbang.. haha Nice :D

Thursday 4 April 2013

Selesai Sudah Puasa Nazar ^_^

    Alhamdulillah..  Selesai sudah puasa Nazarku.. Sehari je pon bernazar.. haha.. Semalam puasa nazar memang dapat bangun sahur.. Mmg x sah la kalo penutupnya minum air kosong.. kalo minum air mcm teh tu lupe minum air kosong.. confirm2 mesti rasa dahaga cepat.. itu shaja nak share :D

Untuk Pengetahuan Sendiri

            Assalammualaikum.. Isnin lepas telahku pergi ke farmasi untuk mengamnbil ubat penyakit kulit.. bilaku tanya makcik farmasi tu kata ni perkara biasa.. Nama penyakit kulit di leherku dipanggil Psoriasis... Penyakit ni sebenarnya datang hasil daripada stress...bru la ku tahu.. sblm ni g klinik ade ke patot doktor kata ini sbb alergi pada bnde kimia.. ingtkn btol.. tp doktor pon x pasti sbnrnye. So, bukan salah dia. Bukannya doktor tahu sume penyakit pon. Lepas tu, diriku ni rajin kan diri check dekat google.. rajin plak diriku study bio n chemist ni.. :3 Betul la kata makcik Farmasi tu.. Kalo pulih pon kene buat tak tahu je.. Jangan garu.. Insha Allah hilang la dia.. Dulu hbis SPM dah hilang lepas tu ade balik.. Mungkin sebab terlalu stress masa nk amek result.. XD haha.. Sekian sahaja..

Monday 1 April 2013

Yang Penting Sudah Mencuba :D

     Assalammualaikum.. kisahku kali ni adalah mengenai usahaku mencari pekerjaan sebelum menyambung pengajianku.. mungkin perasaan kecewa tu memang ada.. tapi memang bukan rezekiku.. yang penting diriku sudah mencuba sedaya upaya mencari pekerjaan. Niat di hati memang mahu timba pengalaman dan merasa nikmat gaji pertama. Tapi diriku ini redha. Mungkin ada kebaikannya disebalikku tidak bekerja sementara. Allah itu Maha Mengetahui kan.. Tapi tidak mengapalah.. Yang penting diriku ini dapat memperoleh keyakinan diri dalam meminta pekerjaan. Mungkin ini berguna padaku ketika di Universiti nannti. Insha Allah.. ^_^

Sunday 24 March 2013

Akhirnya berjaya ^_^

         Assalammualaikum.. tajuk di atas gaya macam berjaya SPM plak kn.. haha.. SPM sdh lepas.. 6A je.. so, biarkan ianya lepas.. sekarang tunggu U pnye mase depan plak. Tajuk ni sbenarye utk blog ku.. haha.. akhirnye berjaya jgak taruk itu lagu.. pnye la duk cari berjam2 player list.. thnks kpd blog ape nth. ade gak bg URL nye.. lagu bru bubuh ni plak thnks to my elder sister coz she had made me heard this song.. layan jgak la lagu tasha marshaha walaupon dh lame popular dkat U.. peduli ape.. yg pnting diri suke.. sekian sahaja :3

Thursday 21 March 2013

Keputusanku :)

            Assalammualaikum. Agak hampa sedikit dngn keputusan SPM ku. Tp ttp bersyukur dngn keputusanku. Mmg sdh ku jngka chemist dpt c+ sbb last minute study. subjek chemist la plg trok. mklumla ddk hostel. cnfirm2 asyik2 rasa nk fly je. tambhan plak bila dh nk hbis SPM. Diriku redha dngn keputusanku. Harap diriku ini dpt comeback dngn keputusan gempak di U nnti sperti kata2 mdm. Julie padaku. Amin :)

Thursday 7 March 2013

Keinginan

         Assalammualaiku.. Mungkin tajuk ini sangat sesuai dengan cerita yang ingin disampaikan pada hari ini. Sejak umur 7 tahun keinginanku adalah untuk mempunyai adik lelaki. Namun keinginanku tidak kesampaian sampai sekarang. Mempunyai adik lelaki akan menghilangkan perasaan bosan yang telah lama berada dalam diri. Tapi apakan daya, dua kali ku mengharapkan mempunyai adik lelaki tetapi dua2 merupakan adik perempuan. Tapi diri ini redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Perasaan inginkan adik lelaki semakin ku inginkan apabila rakanku Wangsa mempunyai adik nama Perkasa. Kisahnya bermula ketikaku berumur antara 9-11 tahun. Ketika sekolah Agama Rakyat sungai rokam  mengadakan lawatan ke Perlis-Kedah, diri ini telah pun bersepakat dengan rakanku  untuk turut serta lawatan tersebut. Kebanyakan adik lelaki rakanku yang turut sekolah agama juga turut serta lawatan tersebut termasuklah adik Wangsa. Ketika bas mula bergerak diwaktu malam, aku telah duduk bersama Wangsa dengan adiknya. Apabila semua sudah mengantuk tidur, adik Wangsa tidur tersentuk-sentuk. Disebabkan itu, diriku telah mempelawa adiknya untuk membaringkan kepalanya ke pahaku. Sungguh bahagia rasanya bila adiknya terima pelawaanku. Diriku rasakan bahagia seperti mempunyai adik lelaki. Memang cukup terharu. Disebabkan diriku terharu, diriku terus berjaga memandang adiknya tidur lena sehingga tiba ke Kedah untuk sloat Subuh. Begitulah kisah yang sungguh indah dalam hidupku. Tapi sekarang diriku rasa keseorangan bila duduk di rumah. Oleh itu, diriku cuba menyibukkan diri dengan mencrai rakan untuk lepak supaya hilang kebosanan diri.. Terima kasih  :')  

Sunday 3 March 2013

Salam Perkenalan :D

       Assalammualaikum.. :) ini pengalaman pertamaku menjadi seorang blogger. Entah tiba2 hatiku mahu mencuba untuk membuat blog ini. Siapa sangka bila sudah sekian lama tidak membuka akaun google akhirnye ak bkak semula akaun google untuk follow blog orang. Apabila sudah follow org, ku cuba pulak melihat akaun googleku ini.. Tak sangka masih hidup lagi blog kwn2 lamaku. Ramai yang ingatkan diri ini mempunyai blog. Tetapi cuma akaun google sahaja yang ku ada. Semenjak diri ini aktif semula akaun google, tiba2 terdetik hati nak cuba buat blog. Kelakar pulak ada masa nak tulis blog ni. Selalunya diri ini selalu menghabiskan masa bertwitter dan berfacebook. Cukuplah perkenalan untuk hari ini. ^_^