Tuesday 9 April 2013

Hanya Mampu Merancang ~~

         Hmmm.. memang sedih apabila rancangan hendak ke Kelantan dibatalkan. Nak buat macam mana kan.. kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan samada perancangan kita menjadi atau tidak.. Tiba-tiba mak sedara kat KL tak jadi nak balik kampung  di Pulau Pinang kerana Mak sedare dekat Pulau Pinang tak jadi nak pergi umrah naik di airport Pulau Pinang kerana takut tak ramai je sebab pilihanraya punya pasal kan.. So, tak boleh nak buat ape2 la kan.. Mak sedara KL pon terpaksa batalkan pergi Kelantan sebab nak hantar mak sedara Pinang pergi airport KL. Kalau pergi dari Pulau Pinang mesti la lagi dekat kan. Tidak mengapa la kalo bukan takdirku nak berjalan2 di Kelantan tu.. Sekurang2nya pernah lalu Kelantan pon boleh sebab pergi Terengganu.. ^_^

Sunday 7 April 2013

Kepenatan Dan Pelbagai Dugaan ^_^











       Fuhhh... ini la saatku menikmati masa lapangku.. Pertama kaliku menjejak Kuala Kangsar hanya bersama kawan2ku dengan menaiki kereta.. Serius layan datang karnival pengajian tinggi dkt dewan jubli. Banyak maklumat dah dapat. Memang takda keje parking kereta depan koleq.. haha..Banyak jugak student perempuan yg masih sekolah datang dan banyak yang cute.. yang sudah habis sekolah pon ade.. Mencuci mata plak.. haha. Apabila diriku dan rakanku mahu pulang, Punye la tiada keje diriku dan kawan Starianku ini tangkap gambar depan koleq.. pakcik yang mintak tolong tangkapkan gambar pon cakap "haih, bukan maen lagi ye star ni tngkap dpn koleq.." serius tidak tahan gelak.. XD Budak junior drama sekolah lain yang tolong tangkap jgak cakap  benda sama.. Bila mahu pulang, tiba-tiba enjin kereta kawanku Geek(amirol) tidak boleh start.. semua siap gelak dan bergurau lagi. Lupa tutup lampu kereta kira2 4 jam lebih tu.. Habis bateri. Nasib baik kawan sorang ni duduk kuala tahu kedai service kereta. Nasib baik la bila cas sikit je sudah boleh start tapi tak boleh matikan enjin sampai ke ipoh. Nasib baik la xyah tkar bateri. Kalo tak beratus la kene bayar.. balik jgak ku dlm kol 6.45 petang. 7.30 petang baru sampai. Lepas Maghrib je diriku terus keluar pergi johnny kat jusco kinta dengan kawan sekolah rendah dan GRianku. Pergh!! memang penat dah masa tu.. Tapi dapat makan je bertenaga sikit.. haha.. Dapat jugak diriku mengenali kawan baru dari Negeri Sembilan sorang.. haha.. memang enjoy je malam tu.. Diriku bawa la kwn yang duduk jauh2 ni merantau Ipoh naik kereta Vivaku malam2 walaupon agak penat. Bagila merasa ICT Ipoh ni.. Memang terbaik.. Balik2 je lps Isyak teros tumbang.. haha Nice :D

Thursday 4 April 2013

Selesai Sudah Puasa Nazar ^_^

    Alhamdulillah..  Selesai sudah puasa Nazarku.. Sehari je pon bernazar.. haha.. Semalam puasa nazar memang dapat bangun sahur.. Mmg x sah la kalo penutupnya minum air kosong.. kalo minum air mcm teh tu lupe minum air kosong.. confirm2 mesti rasa dahaga cepat.. itu shaja nak share :D

Untuk Pengetahuan Sendiri

            Assalammualaikum.. Isnin lepas telahku pergi ke farmasi untuk mengamnbil ubat penyakit kulit.. bilaku tanya makcik farmasi tu kata ni perkara biasa.. Nama penyakit kulit di leherku dipanggil Psoriasis... Penyakit ni sebenarnya datang hasil daripada stress...bru la ku tahu.. sblm ni g klinik ade ke patot doktor kata ini sbb alergi pada bnde kimia.. ingtkn btol.. tp doktor pon x pasti sbnrnye. So, bukan salah dia. Bukannya doktor tahu sume penyakit pon. Lepas tu, diriku ni rajin kan diri check dekat google.. rajin plak diriku study bio n chemist ni.. :3 Betul la kata makcik Farmasi tu.. Kalo pulih pon kene buat tak tahu je.. Jangan garu.. Insha Allah hilang la dia.. Dulu hbis SPM dah hilang lepas tu ade balik.. Mungkin sebab terlalu stress masa nk amek result.. XD haha.. Sekian sahaja..

Monday 1 April 2013

Yang Penting Sudah Mencuba :D

     Assalammualaikum.. kisahku kali ni adalah mengenai usahaku mencari pekerjaan sebelum menyambung pengajianku.. mungkin perasaan kecewa tu memang ada.. tapi memang bukan rezekiku.. yang penting diriku sudah mencuba sedaya upaya mencari pekerjaan. Niat di hati memang mahu timba pengalaman dan merasa nikmat gaji pertama. Tapi diriku ini redha. Mungkin ada kebaikannya disebalikku tidak bekerja sementara. Allah itu Maha Mengetahui kan.. Tapi tidak mengapalah.. Yang penting diriku ini dapat memperoleh keyakinan diri dalam meminta pekerjaan. Mungkin ini berguna padaku ketika di Universiti nannti. Insha Allah.. ^_^