Sunday 24 March 2013

Akhirnya berjaya ^_^

         Assalammualaikum.. tajuk di atas gaya macam berjaya SPM plak kn.. haha.. SPM sdh lepas.. 6A je.. so, biarkan ianya lepas.. sekarang tunggu U pnye mase depan plak. Tajuk ni sbenarye utk blog ku.. haha.. akhirnye berjaya jgak taruk itu lagu.. pnye la duk cari berjam2 player list.. thnks kpd blog ape nth. ade gak bg URL nye.. lagu bru bubuh ni plak thnks to my elder sister coz she had made me heard this song.. layan jgak la lagu tasha marshaha walaupon dh lame popular dkat U.. peduli ape.. yg pnting diri suke.. sekian sahaja :3

Thursday 21 March 2013

Keputusanku :)

            Assalammualaikum. Agak hampa sedikit dngn keputusan SPM ku. Tp ttp bersyukur dngn keputusanku. Mmg sdh ku jngka chemist dpt c+ sbb last minute study. subjek chemist la plg trok. mklumla ddk hostel. cnfirm2 asyik2 rasa nk fly je. tambhan plak bila dh nk hbis SPM. Diriku redha dngn keputusanku. Harap diriku ini dpt comeback dngn keputusan gempak di U nnti sperti kata2 mdm. Julie padaku. Amin :)

Thursday 7 March 2013

Keinginan

         Assalammualaiku.. Mungkin tajuk ini sangat sesuai dengan cerita yang ingin disampaikan pada hari ini. Sejak umur 7 tahun keinginanku adalah untuk mempunyai adik lelaki. Namun keinginanku tidak kesampaian sampai sekarang. Mempunyai adik lelaki akan menghilangkan perasaan bosan yang telah lama berada dalam diri. Tapi apakan daya, dua kali ku mengharapkan mempunyai adik lelaki tetapi dua2 merupakan adik perempuan. Tapi diri ini redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Perasaan inginkan adik lelaki semakin ku inginkan apabila rakanku Wangsa mempunyai adik nama Perkasa. Kisahnya bermula ketikaku berumur antara 9-11 tahun. Ketika sekolah Agama Rakyat sungai rokam  mengadakan lawatan ke Perlis-Kedah, diri ini telah pun bersepakat dengan rakanku  untuk turut serta lawatan tersebut. Kebanyakan adik lelaki rakanku yang turut sekolah agama juga turut serta lawatan tersebut termasuklah adik Wangsa. Ketika bas mula bergerak diwaktu malam, aku telah duduk bersama Wangsa dengan adiknya. Apabila semua sudah mengantuk tidur, adik Wangsa tidur tersentuk-sentuk. Disebabkan itu, diriku telah mempelawa adiknya untuk membaringkan kepalanya ke pahaku. Sungguh bahagia rasanya bila adiknya terima pelawaanku. Diriku rasakan bahagia seperti mempunyai adik lelaki. Memang cukup terharu. Disebabkan diriku terharu, diriku terus berjaga memandang adiknya tidur lena sehingga tiba ke Kedah untuk sloat Subuh. Begitulah kisah yang sungguh indah dalam hidupku. Tapi sekarang diriku rasa keseorangan bila duduk di rumah. Oleh itu, diriku cuba menyibukkan diri dengan mencrai rakan untuk lepak supaya hilang kebosanan diri.. Terima kasih  :')  

Sunday 3 March 2013

Salam Perkenalan :D

       Assalammualaikum.. :) ini pengalaman pertamaku menjadi seorang blogger. Entah tiba2 hatiku mahu mencuba untuk membuat blog ini. Siapa sangka bila sudah sekian lama tidak membuka akaun google akhirnye ak bkak semula akaun google untuk follow blog orang. Apabila sudah follow org, ku cuba pulak melihat akaun googleku ini.. Tak sangka masih hidup lagi blog kwn2 lamaku. Ramai yang ingatkan diri ini mempunyai blog. Tetapi cuma akaun google sahaja yang ku ada. Semenjak diri ini aktif semula akaun google, tiba2 terdetik hati nak cuba buat blog. Kelakar pulak ada masa nak tulis blog ni. Selalunya diri ini selalu menghabiskan masa bertwitter dan berfacebook. Cukuplah perkenalan untuk hari ini. ^_^